Sabtu, 1 Ogos 2015
LOKASI DAN SEJARAH KG. LTN AIR TAWAR
Kampung LTN Air Tawar ialah satu
perkampungan kecil yang asalnya adalah satu tanah rancangan seperti peneroka
Felda.Kampung LTN Air Tawar terletak di
daerah semerak dalam jajahan Pasir Puteh.
Pada fasa pertama Kampung LTN Air Tawar
dibuka pada tahun 1984 dengan 24 buah
rumah dengan bilangan pesrta seramai 100 orang.Pada fasa yang kedua dibuka pada
tahun 1985 dengan bilangan rumah sebanyak 48 buah dengan peserta seramai 240
orang.
Kampong LTN Air Tawar mempunyai 72 buah
rumah dengan bilangan 72 keluarga,kesemuanya berbangsa Melayu.Kampung LTN Air
Tawar dibuka oleh Pertubuhan Lembaga Tembakau
Negeri untuk membantu peserta dengan menyediakan 1.8 ekar untuk
perlandangan tembakau serta ¼ ekar untuk
tapak rumah dengan disediakan rumah untuk kemudahan peserta / penduduk.
Penduduk Kampung LTN Air Tawar terdiri
daripada keluarga yang tinggal berdekatan dalam jajahan Pasir Puteh,khasnya
daerah Semerak seperti dari KG Gong Manok,Gong Kedak,Kg Lembah,Bukit Yong,Kg
Besar,Pekan Cherang Ruku,Pulau Lima dan beberapa kapung lagi.
Kini,penduduk Kampung LTN Air Tawar
telah berkembang dengan generasi kedua dan ketiga.Bilangan rumah juga telah
bertambah.
Langgan:
Catatan (Atom)